Friday, December 21, 2012

Aura positif dan negatif ..

Pernah berkesempatan menjenguk seorang kenalan..dia dan ahli-ahli rumahnya yg lain dikenali sebagai golongan yang baik-baik..tambah2 semua hafizah dan sgt konsisten 'mengulang' hafalan melalui jadual yg tertampal di dinding. Hak tetamu, masya Allah, sangat terjaga.

Aku pulak?? hmm.. banyak lagi kene ubah ni.

Memang beza sikit keadaannya bila pergi rumah lain.

Bukan bandingkan, tapi cuma ingin nyatakan itulah kelebihan dari amalan soleh yang menghidupkan suasana. Terasa sangat tenang di rumah mereka, dan berasa ingin berlama-lama sikit..^^

Berazam nak bermalam di rumah mereka dan memerhati tingkahlaku mereka di rumah..agar dapat contohi tabiat2 baik dari mereka &  menyebarkan ketenangan kepada insan-insan lain dalam hidup ini...insya Allah ^^

Kesimpulannya, kalau hati resah gelisah, aku prefer pergi ke masjid contohnya, atau mendampingi orang baik-baik, insya Allah rasa lebih tenang. kalau nak perlu ceritakan masalah, bergantung kepada keadaan juga lah.

Pergi ke Turki semasa tahun 2..masuk istana Dolmabache yang dikatakan satu kemegahan dan pembaziran oleh pemerintah ketika itu, dan juga tempat kematian kemal ataturk..walaupun most benda bersalut emas, permata dan berlian yang mahal, tapi rasa ngeri semacam..

Sebaliknya, semasa pergi ke istana Topkapi, kat dalam tu ada pelbagai khazanah Islam..seperti rambut Rasulullah SAW, pedang para sahabat, potret para Sultan Usmaniyah dan pelbagai lagi alat kebesaran. Dalam tempat pameran wajah2 sultan , paling best menatap wajah Sultan Abdul Hamid 11 dan potret ilustrasi Sultan Muhammad al Fateh. Sirieees tak puas tengok ^^

Sultan Muhammad al Fateh, ma'lum sebagai sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera. Peranan beliau, aku perhatikan, di permulaan kebangkitan empayar, manakala Sultan Abdul Hamid, tokoh penting di akhir Khilafah Usmani, (amnya empayar Islam) yang merasai pelbagai penderitaan untuk mempertahankan empayar yang tengah tenat diancam oleh musuh ..Feel very sory for you :(  But gladly, insya Allah, their end will be Jannah.